Insulin Bukan Pilihan Terakhir Buat Penghidap Diabetes

insulin-untuk-diabetes

“Leceh sebab nak kena bawa macam-macam ubat,”

Alia Muhammad, 42.

Alia penghidap diabetes miletus tahap 2 sudah lebih dua tahun mengguna suntikan insulin yang perlu disuntik setiap hari. Beliau antara contoh penghidap diabetes yang lebih gemar menghabiskan masa di rumah daripada keluar bercuti atau berjalan-jalan kerana berasa sukar dan leceh dalam keadaan kesihatannya yang kurang menentu.

Sedar ia bukan penamat buat hidupnya tetapi kerana malas untuk berenyah-renyah, lebih baik duduk diam-diam sahaja di rumah.

****************

Sama ada memang sikap kita atau ia hanya salah faham di Malaysia, apabila seseorang penghidap diabetes telah sampai ke tahap perlu melakukan suntikan insulin, mereka beranggapan seluruh kehidupannya juga berakhir.

Semangat mula luntur dan kualiti hidup mula menurun serta sudah tiada masa untuk bersosial bersama keluarga.

DIABETES : PENYAKIT BAWA MAUT

Diabetes atau disebut kencing manis oleh kebanyakan orang di negara ini adalah satu daripada 10 penyakit yang membawa kematian di Malaysia.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, terdapat peningkatan jumlah penghidap diabetes di Malaysia iaitu kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding 15.2 peratus pada tahun 2011.

Ia penyakit metabolik kompleks yang semakin lazim di negara ini. Dan didefinisikan melalui peningkatan taraf glukos di dalam saluran darah (hyperglisemia) yang menyebabkan badan tidak berupaya menghasilkan serta menggunakan insulin.

Menurut Konsultan Kanan Endoktrinologi, Profesor Dr Chan Siew Pheng, jika keadaan itu berterusan, dijangkakan kadar kes diabetes di Malaysia akan terus meningkat jika tiada strategi berkesan diambil bagi membanterasnya.

“Wujud satu lompong mengenai kesedaran diabetes serta kelazimannya di negara ini dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini sekaligus menghalang usaha proaktif bagi memperkenalkan kehidupan lebih sihat yang boleh mengurangkan risiko diabetes,” jelas Prof Chan.

PENGENALAN KEPADA KENCING MANIS

apa-itu-diabetes

Diabetes adalah terma am kepada penyakit yang berkait dengan kencing berlebihan. Diabetes Jenis 1 adalah jenis ‘insulin-dependant’ disebabkan kegagalan insulin dihasilkan oleh badan. Ia juga disebut ‘Juvenille Diabetes’ disebabkan hanya biasa terjadi kepada kanak-kanak.

Manakala Diabetes Mellitus Jenis 2 pula disebabkan ‘disorder carbohydrate (sugar)’ metabolism atau juga dipanggil ‘non-insulin dependant diabetes mellitus’. Penyakit ini dibahagikan kepada ‘hyperglycemia’ (gula dalam darah) dan ‘glycouria’ (gula dalam air kencing). Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan pengeluaran insulin dalam badan.

Satu jenis lagi ialah pregnancy diabetes. Ini berlaku sewaktu seseorang hamil dan akan hilang selepas bersalin tetapi boleh berterusan jika tidak dikawal.

Diabetes jenis 2 merangkumi 90 peratus hingga 95 peratus daripada jumlah pesakit diabetes. Biasanya terjadi sejajar dengan peningkatan usia, penambahan berat badan atau obesiti, keturunan atau genetik dan juga gaya hidup yang kurang aktif. Biasanya diabetes jenis ini tidak memerlukan suntikan insulin tetapi perlu dikawal dan pemakanan perlu dijaga.

Bagaimananpun jika tidak dikawal ia turut meningkatkan risiko kepada komplikasi penyakit kardiovaskular atau jantung (mikro dan makro). Malah penyakit ini turut berkait rapat dengan peningkatan kematian pramatang serta kematian yang boleh dielakkan,penyakit hati, kegagalan buah pinggang serta buta dan dipotong kaki (amputasi).

Walaupun lebih lazim dalam kalangan orang dewasa, penyakit ini turut menyerang kanak-kanak apabila kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak kian meningkat.

Insulin Bukan Pilihan Terakhir Buat Penghidap Diabetes

 

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas manusia.

Ia berfungsi dengan menukar glukos/gula yang terdapat di dalam aliran darah menjadi tenaga.

Kehadiran insulin sangat penting bagi mengawal kadar gula dalam darah dan glukos akan ditukarkan ke dalam bentuk tenaga. Jika glukos tidak ditukar ke dalam bentuk tenaga ia akan terus berada di dalam darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi.

Penghidap diabetes yang mempunyai masalah insulin tidak mencukupi ataupun tidak boleh dihasilkan, mereka terpaksa mendapatkan insulin yang dihasilkan daripada haiwan atau insulin yang diperbuat secara sentetik yang menyerupai insulin manusia.

Insulin tambahan ini akan disuntik ke badan pesakit untuk meningkatkan insulin dalam darah. Bagaimanapun tidak semua pesakit memerlukan insulin tambahan ini. Keperluan bergantung kepada tahap dan jenis diabetes yang dihidapi.

 

“Jumlah pesakit diabetes seluruh dunia juga semakin meningkat hingga ia membebankan. Hari ini kita mempunyai ramai golongan muda menghidap diabetes.”

Anda masih punya pilihan dan ikhtiar.

Beri harapan pada diri sendiri untuk BEBAS dari DIABETES.

Mahukah saya bantu anda untuk dapatkan ikhtiar yang lebih baik, selamat dan semulajadi?

Hubungi 018-3164133 untuk pertanyaan.

– Anda Mampu Mengubahnya –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge