5 Panduan Khusus Pemakanan Buat Penghidap Kencing Manis

panduan-pemakanan-diabetes

Diabetes adalah satu keadaan di mana paras gula di dalam badan adalah tinggi. Keadaan ini berlaku kerana kekurangan insulin dalam badan atau insulin berubah bentuk atau kedua-duanya sekali. Panduan pemakanan pesakit kencing manis adalah sangat penting.

Apabila anda makan, kelenjar pankreas akan mengeluarkan insulin secara semulajadi. Insulin berfungsi menolong glukosa masuk ke dalam sel-sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Penjagaan makanan adalah merupakan salah satu kunci pengurusan bagi penyakit diabetes.

5 Panduan Khusus Pemakanan Buat Penghidap Kencing Manis

Dalam merancang pengambilan makanan seharian, Anda mestilah:-

1. Waktu Makan teratur

Mempunyai waktu makan yang teratur dan berjadual dalam memilih makanan yang sesuai.

Info : Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup.Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan menjaga pemakanan dan juga berat badan. Selain itu kerap bersenam dan pemakanan kesihatan pesakit diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

2.Kawal Pemakanan

Kenapa perlu kawal pemakanan? Ini adalah untuk mengawal paras gula yang sesuai  di dalam darah, serta mencapai atau mengekalkan berat badan unggul. Selain itu kawal pemakanan agar memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh badan dan melewatkan komplikasi diabetes.

3. Kumpulan Makanan Yang Bebas Di Ambil

a) Semua jenis sayuran hijau kecuali yang berubi. Contoh sawi, kangkung,kubis,kacang buncis,kacang panjang, bendi,terung dan tomato.

b) semua minuman tanpa gula seperti teh dan kopi tanpa gula, teh cina, air limau dan air barli tanpa gula.

c) Perasa dan perencah. Contoh serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus,bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai.

4. Kumpulan Makanan Yang Perlu Di Ambil Secara Sederhana

a) Bijirin dan hasil bijirin seperti Roti putih, bijirin penuh, nasi, bihun, kuetiau, capati, tose, roti canai, ubi dan sayuran berkanji seperti kentang dan labu.

b) Kacang dan Kekacang seperti kacang hijau , kacang merah dan kacang soya mentah.

c) Buah-Buahan seperti epal, oren , lai, ciku, pisang, rambutan, laici, mangga, jambu batu, langsat, longan, anggur, betik, nenas,tembikai, durian , nangka dan cempedak

5. Contoh Makanan Untuk Pesakit Kencing Manis

Adalah penting bagi pesakit diabetes makan mengikut waktu makan kerana gula dalam badan akan menjadi tidak terkawal. Paras Gula akan bertambah tinggi pada waktu pagi. Keadaan ini dipanggil sebagai dawn phenomenon 

7.00 Pagi – 8.00 Pagi

1 Cawan Nasi goreng dan secawan susu

12.30 tengahari -1.30 tengahari

1 cawan nasi putih

1 biji epal

i pinggan sayur hijau

1 ekor ikan dibakar atau ayam bakar

4.30 petang

1 Set sandwich ayam

1 cawan air kosong

7.30 malam -8.30 malam

1 cawan nasi putih

1 potong betik

1 pinggan sayur

1 ketul ayam bakar, kukus atau panggang boleh juga buat ayam sup

10.30 malam -12.30 malam (ini jika masih merasa lapar)

3 keping biskut tinggi serat

 

Perkongsian dari Mohamad Ashaari Ahmad , Pakar Dietetik Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge