8 Buah Yang Tinggi Kandungan Gula Buat Penghidap Diabetes

buah-yang-tinggi-gula-untuk-penghidap-diabetes

Gula memang tak baik untuk badan kita dan terdapat beberapa jenis buah yang tinggi dengan kandungan gula. Namun tak bermaksud kita perlu terus ‘cut’ ambil buah-buahan ni, cuma tak kerap.

Satu perkara yang saya yakin hampir semua orang setuju, gula semulajadi yang ada dalam buah-buahan jauh lebih baik daripada gula buatan. Namun kita masih perlu ambil tahu berapa kadar gula yang diserap oleh badan kita setiap kali kita mengambil buah-buahan sebagai snack atau smoothies kesukaan kita. Dari semua buah yang ada, mana satu yang ada kandungan gula yang tinggi?

8 Buah Yang Tinggi Kandungan Gula Buat Penghidap Diabetes

1# NENAS

Berdasarkan standard saranan hidangan buah (150 gram), satu bahagian nenas potong segar mengandungi 15g gula, 19g karbohidrat dan 100kcal.

Nenas merupakan buah yang rendah kolestrol dan lemak jenuh. Selain itu, nenas adalah sumber yang baik bagi thiamin, vitamin B6, vitamin C dan manganese.

2# EPAL

Setiap 150g hidangan, satu bahagian epal segar mengandungi 16g gula, 21g karbohidrat dan 78 kcal.

Epal merupakan buah yang kaya dengan antioksidan seperti flavonoid dan serat. Fitonutrien dan antioksidan dalam epal dapat bantu kurangkan risiko perkembangan kanser, hipertensi, diabetes dan penyakit jantung.

3# PISANG

Setiap 150g hidangan, satu bahagian pisang akan memberikan anda keperluan gula sebanyak 18.5g, kalori sebanyak 134kcal dan 35g karbohidrat. Pisang merupakan sumber protein, vitamin B6, manganese, kalium, serat, biotin dan magnesium yang baik.

4# DELIMA

Satu bahagian buah delima segar memiliki kandungan gula sebanyak 21g, 15g karbohidrat dan kalori sebesar 125 kcal per 150g hidangan. Satu buah delima berukuran sedang memiliki kandungan gula sebanyak 38g.

Namun begitu, buah delima adalah buah rendah lemak, kolestrol dan sodium. Delima juga merupakan sumber serat dan folat yang baik, serta tinggi vitamin C dan K.

5# MANGGA

Satu bahagian mangga segar memiliki kandungan gula hingga 24g, 107 kcal dan 28g karbohidrat per 150g hidangan. Akan tetapi mangga dapat mencukupkan 1/3 keperluan vitamin A harian anda.

6# ANGGUR

Berdasarkan standard hidangan buah (150g), satu portion anggur hijau mengandungi 12g gula, 27g karbohidrat dan kalori sebanyak 104kcal.

Sementara satu portion anggur merah red globe segar mengandungi gula sebanyak 25g gula, kalori mencapai 120kcal dan karbohidrat sebanyak 28g per 150g hidangan. Anggur merah kaya dengan sifat antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dalam badan.

7# ARA

Satu buah ara berukuran sederhana (50g) memiliki kandungan gula sebanyak 8g.

Berdasarkan standard hidangan buah (150g), satu bahagian hidangan buah ara (3 biji buah ukuran sederhana) mengandungi 27g gula.

Buah Ara juga kaya dengan vitamin A, vitamin B1 dan B2, kalsium, zat besi, fosfor, manganese, sodium, kalium dan klorin.

8# LAICI

Dengan kandungan gula hingga 29g per 150g hidangan, buah laici segar merupakan buah yang paling tinggi kandungan gula.

Laici yang diproses dalam tin, direndam dengan air gula mengandungi jumlah gula yang lebih tinggi.

Buah Apa Yang Sikit Kandungan Gula?

Buah dari kalangan keluarga beri — STRAWBERI, KRENBERI, RASPBERRY, BLACKBERRY — dalam rata-rata hanya 4-5g per 150g hidangan.

Ambillah ikut kadar yang selamat dan diperlukan badan. Know your body and take a good care of it.

 

KakZue,

Pencinta Buah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge