Kenali 3P : 3 Gejala Utama Diabetes Yang Perlu Diberi Perhatian

gejala-utama-diabetes-atau-kencing-manis

Diabetes adalah salah satu penyakit silent killer sebab ramai orang yang tak sedar dan tak perasan bahawa mereka menghidap penyakit ini. Walhal banyak tanda dan gejala  diabetes yang dapat kita perhatikan.

Diabetes mempunyai 3 gejala atau tanda utama iaitu Poliuria, Polidipsia dan Polifagia atau biasa disebut dengan 3P.

Gejala 3P ini merupakan penanda aras bahawa kadar gula dalam badan anda sedang tinggi. Jika anda mengalami 3 tanda ini, segera dapatkan pemeriksaan dari doktor.

Untuk penghidap diabetes mellitus type 1, gejala ini mungkin berlaku dengan cepat namun ianya berlaku lebih lambat terhadap penghidap diabetes type 2.

Poliuria

Poliuria merupakan satu keadaan dimana anda akan kerap buang air kecil. Ketika poliuria berlaku, anda akan membuang air kecil dengan kuantiti lebih dari 3 liter sehari, dan boleh mencapai 5 kali dari jumlah urin normal anda. Jumlah ini bergantung pada umur dan beberapa aspek lain.

kerap-buang-air-kecil-gejala-diabetes

Bagaimana Poliuria Berlaku?

Poliuria ini boleh berlaku disebabkan oleh jumlah cecair yang terlalu banyak masuk ke dalam badan atau terlalu banyak minum. Selain itu, poliuria juga disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang tinggi dalam badan.

Ketika buah pinggang menapis darah untuk menghasilkan urin, buah pinggang akan memisahkan gula dari urin untuk kembali disalurkan kepada badan melalui darah. Bagi mereka yang kadar gulanya tinggi, buah pinggang akan menapis lebih banyak darah untuk menghasilkan urin, namun tak semua gula yang disalurkan dalam darah dapat diserap kembali oleh badan.

Akibat Yang Berlaku

Akibatnya, urin masih mengandungi gula, dian urin yang mengandungi gula akan lebih banyak menarik cecair dari badan. Oleh sebab itu, urin penghidap diabetes terdapat kandungan gula dan jumlah urin lebih banyak dari orang normal.

Polidipsia

Jika poliuria menjadikan anda terasa mahu buang air kecil dengan kerap, maka untuk mengatasinya badan akan menggantikan cecair yang keluar dengan meminum air yang lebih banyak.

kerap-dahaga-gejala-diabetes

Apa Itu Polidipsia?

Polidipsia adalah rasa dahaga yang melampau sehingga membuatkan anda lebih banyak minum. Selain rasa haus yang berlebihan, polidipsia juga biasanya akan disertai dengan kekeringan mulut sementara atau berpanjangan.

Bagaimana Berlakunya Polidipsia?

Polidipsia atau rasa dahaga yang melampau biasanya berlaku akibat dari cecair yang banyak keluar dari badan. Bagi penghidap diabetes, urin lebih banyak dikeluarkan dari badan sehingga menyebabkan sel-sel badan mengalami dehidrasi.

Perkara ini akan menjadikan anda berasa dahaga yang amat. Semakin banyak anda minum kerana dahaga, semakin banyak juga urin dikeluarkan dari badan anda. Kitaran ini kana berjalan sentiasa bagi penghidap diabetes.

Polifagia

Apa Itu Polifagia?

Polifagia pula adalah satu keadaan dimana anda akan kerap berasa lapar berlebihan atau nafsu makan anda meningkat.

kerap-lapar-gejala-diabetes

Rasa lapar pada polifagia ini tetap akan berterusan walaupun anda sudah makan lebih banyak dari biasa! Rasa lapar boleh datang secara tiba-tiba atau boleh juga disebabkan oleh stress atau tekanan.

Bagi penghidap diabetes, gula dalam darah tidak dapat masuk kesemuanya ke dalam sel badan sebab badan mengalami rintangan insulin atau kurangnya pengeluaran insulin oleh badan.

Perkara ini akan membuatkan badan tidak mampu mengubah semua glukosa menjadi tenaga. Akibatnya? Tubuh akan kekurangan tenaga dan membawa kepada rasa lapar yang bersangatan.

Jika anda makan, maka perkara ini juga tidak akan membantu. Ini kerana makan hanya akan menambah kadar glukosa darah yang sudah tinggi, sehingga hanya akan meningkatkan kadar gula dalam darah tanpa mampu menukarkannya menjadi tenaga.

Cara terbaik mengatasinya adalah dengan melakukan aktiviti senaman kerana bersenam dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah dengan merangsang badan menghasilkan insulin.

 

Kak Zue,

Ubah gaya hidup yang lebih sihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge