8 Tanda Menunjukkan Anda Terlalu Banyak Mengambil Gula

tanda-diabetes

Memang tak dapat nak nafikan hidup ni manis dengan gula. Kadang terasa macam mustahil pula nak berpisah dengan gula ni dalam pemakanan kita seharian walaupun ramai yang sedar dan tahu, gula yang berlebihan sangat berbahaya untuk badan kita.

Ada ketika kita sendiri tak sedar yang kita dah terambil gula lebih dalam sehari. Sehingga lama-kelamaan timbul simptom-simptom diabetes, dan sukar nak terima bila kita disahkan menghidap diabetes.

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan

 

8 Tanda Menunjukkan Anda Terlalu Banyak Mengambil Gula

 

1# Ketagih Benda Manis

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan-1

Makin banyak kita ambil gula, makin banyak akan buat kita teringin dan ketagih gula. Jadi, kalau kita memang penggemar makanan manis, kita mungkin termasuk dalam golongan yang terlebih ambil gula.

Lidah kita akan terbiasa dengan rasa manis, dan ia mengawal hormon dalam tubuh sehinggalah hormon kita sendiri yang ‘minta’ bekalan gula tu.

2# Lesu sepanjang hari

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan-2

Perlu faham, bila ada sesuatu unsur yang naik, pasti terkesan pada unsur yang lain untuk turun.

Pengambilan gula yang berlebihan akan buat kadar insulin kita melonjak tinggi.

“Tenaga yang stabil dihasilkan pada kadar gula yang stabil. Pengambilan gula yang berlebihan juga disebabkan kurangnya pengambilan protein dan serat. Sebab tu juga tenaga tak stabil.

3# Masalah Kulit

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan-3

Ada orang yang badannya sensitif. mudah terkesan bila ambil terlalu banyak gula dan beri kesan pada kulit antaranya masalah jerawat.

4# Mood yang tak stabil

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan-4

Kadar gula yang tinggi dalam badan kita akan beri kesan pada hati. Dan ianya cenderung untuk buat kita mudah marah dan mood swing.

5# Berat badan naik

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan-5

Lebih gula bermaksud lebih kalori. Bila kita ambil terlalu banyak gula, pankreas akan hasilkan insulin untuk bawa gula tersebut ke bahagian badan kita untuk hasilkan tenaga.

Makin banyak kita ambil gula, makin banyak badan kita hasilkan insulin. Bila berlebihan insulin, itu yang akan menyebabkan berlakunya rintangan insulin.

Rintangan insulin ni berlaku bila badan kita dah tak dapat nak respon insulin dengan kadar normal. Maka gangguan ni yang akan buatkan berat badan kita terus naik.

6# Gigi berlubang

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan-6

Ketika bakteria terselit di antara gigi melalui makanan, asam akan dihasilkan dan ini membawa kepada kerosakan gigi.

Dan menjadi tugas air liur kita untuk menjaga keseimbangan dan cegah dari bakteria.

Pengambilan gula yang berlebihan akan merosakkan struktur dan keseimbangan yang dihasilkan oleh air liur. Perkara ini akan memberi peluang kepada bakteria untuk membiak dan bila hal ini berlaku, lubang pada gigi akan terjadi.

7# Otak ‘lemah’, terutama lepas makan

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan-7

Kadar gula yang berlebihan dalam badan akan mempengaruhi fungsi otak kita.

8# Makanan manis terasa tawar

diabetes-tanda-gula-lebih-dalam-badan-8

Makan terlalu banyak gula sebenarnya akan merosakkan selera makan. Gula akan membuatkan parameter kita terus meningkat.

Jadi, bila kita rasa makanan yang manis pun terasa hambar dan tawar, bukan makanan tersebut yang anda perlu risau. Tapi DIRI ANDA SENDIRI !!

 

Kurangkan gula dalam makanan

Lebihkan gula dalam senyuman😊

 

KakZue,

Tukar gula yang lebih organik dan selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge