10 Perkara Tak Dijangka Boleh Menyebabkan Bacaan Gula Naik

penyebab-gula-naik

Psssst.

Ini bukan cerita minyak naik. Ini cerita gula naik. Gula dalam darah ye😅

Penghidap diabetes memang perlu kawal banyak perkara untuk elakkan kadar gula dalam darah naik dengan tiba-tiba.

10 Perkara Tak Dijangka Boleh Menyebabkan Gula Darah Naik

1# Pemanis Buatan

pemanis-buatan-diabetes

Ramai yang beranggapan bila menghidap diabetes, lebih selamat untuk ambil makanan/minuman yang berlabel ‘sugar free’ atau ada yang gantikan dengan gula buatan atau artificial sweeteners.

Namun sebenarnya ia tidak memberi jaminan selamat sepenuhnya untuk diambil. Terdapat kajian yang dilakukan terhadap 17 orang yang mengalami masalah obesiti, kadar gula dalam darah mereka meningkat ketika mengambil minuman yang mengandungi gula buatan.

Oleh sebab itu penghidap diabetes lebih disarankan untuk mengambil air mineral.

2# Dehidrasi

Dehidrasi sangat merbahaya kepada penghidap diabetes. Bagi orang normal, dehidrasi juga boleh meningkatkan kadar gula dalam darah kerana aliran darah dalam badan kekurangan cairan dan lebih pekat. Apabila gula dalam darah meningkat, maka badan akan mengeluarkan urin yang lebih banyak, oleh sebab itu berlakunya dehidrasi.

Penghidap diabetes perlu biasakan diri mengambil lebih air mineral sesuai dengan keperluan badan. Semakin tinggi aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin banyak air yang diperlukan.

3# Pengambilan Ubat-Ubatan

Beberapa ubat memiliki kesan sampingan pada peningkatan gula dalam darah seperti ubat anti depression, steroid, penyakit auto immune dan inflamasi dapat tingkatkan gula dalam darah secara drastik.

4# Fenomena fajar

Fenomena fajar atau dawn phenomenon merupakan satu keadaan di mana tubuh badan kita mengalami peningkatan hormon yang dapat meningkatkan gula dalam darah secara drastik.

Kejadian ini biasanya berlaku pada jam 2 hingga 8 pagi, dimana badan kita mengeluarkan hormon seperti hormon kortisol, glukagon dan epinerin yang dapat meningkatkan rintangan insulin sehingga gula naik.

Penghidap diabetes yang sememangnya ada masalah insulin tidak dapat bekerja dengan baik, kemudian berlaku pula fenomena fajar yang membuat kerja insulin semakin sukar.

Perkara inilah yang mengakibatkan peningkatan gula dalam darah yang terlalu tinggi. Oleh itu, penghidap diabetes dinasihatkan agar tidak mengambil makan malam yang lewat.

5# Menstruasi

Perubahan hormon pada waktu menstruasi boleh mempengaruhi kadar gula dalam darah. Kadar hormon yang tak stabil pada perempuan yang sedang memasuki fasa menstruasi boleh menurunkan sensitiviti insulin dan menyebabkan kadar gula naik. Kebiasaannya, perkara ini berlaku seminggu sebelum menstruasi.

6# Kurang tidur

punca-gula-naik-diabetes

Terdapat satu kajian yang dibuat terhadap penghidap diabetes yang hanya diberikan tempoh tidur 4 jam sahaja sehari, dan hasilnya … Sensitiviti insulin mereka menurun 14% hingga 21% !

Kurang tidur akan meningkatkan stress pada badan dan mengakibatkan kadar gula dalam darah naik. Ini kerana, ketika tidur berlakunya penurunan hormon kortisol dan aktiviti sistem saraf yang dapar menjaga kadar gula dalam darah.

7# Suhu yang melampau

Penghidap diabetes sangat cenderung kepada perubahan suhu disekelilingnya. Suhu yang melampau boleh mengganggu kadar gula dalam darah.

Contohnya ketika cuaca panas, bagi orang sihat dan normal, panas tersebut akan dikeluarkan melalui peluh untuk jaga dan kawal suhu badan. Sedangkan penghidap diabetes mengalami kesukaran dalam menghasilkan peluh sehingga suhu badannya tidak normal. Hal ini juga dapat menyebabkan komplikasi lain pada tubuh badan.

8# Pengambilan kafein

Kajian yang dilakukan mendapati bahawa penghidap diabetes yang sering mengambil kopi atau teh yang mengandungi 500mg kafein boleh meningkatkan 7.5% kadar gula dalam darah walaupun kopi dan teh tersebut tidak dimasukkan gula!

9# Sedang sakit

Ketika penghidap diabetes mengalami sakit atau terdapat jangkitan dalam badan, maka badan akan menghasilka  hormon dan meningkatkan sistem imun untuk melawan kuman dan bakteria tersebut. Ini boleh mengakibatkan kadar gula dalam darah meningkat.

10# Melewatkan sarapan

Sarapan penting untuk semua orang, bukan untuk penghidap diabetes je. Namun apabila penghidap diabetes melambatkan sarapan maka sel beta pankreas yang berfungsi untuk hasilkan insulin bekerja tidak secara maksimum, maka gula darah boleh meningkat.

 

KakZue,

Stop ambil gula putih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge