Diabetes : Kenapa Mesti Kena Potong Kaki?

SONY DSC

Assalamualaikum.

Pernah tak terfikir, kenapa kalau diabetes teruk, mesti kena potong kaki? Kenapa tak potong tangan ke anggota lain ke? Kenapa mesti kaki?

Baik.

Pesakit kencing manis mudah mendapat masalah jangkitan ini akibat tiga keadaan pesakit kencing manis iaitu :

  1. Neuropathy – Ia adalah keadaan dimana terdapat kerosakan pada sistem saraf pesakit. Ia boleh dibahagikan lagi kepada tiga iaitu ‘sensory’, ‘motor’ dan ‘autonomic’
  2. Vasculopathy – Vasculopathy pula merujuk kepada keadaan tidak normal pada system salur darah pesakit kencing manis. Sistem peredaran darah pesakit ini biasanya kurang baik akibat tersumbat yang menyebabkan kekurangan bekalan oksigen serta nutrien.
  3. Immunopathy – Immunopathy adalah keadaan di mana pesakit kencing manis ini lebih mudah terdedah kepada jangkitan  kuman akibat kelemahan sistem pertahanan badan mereka

 

Seperti yang kita tahu, kencing manis ni adalah ketidaknormalan/masalah dalam penghasilan insulin (daripada pankrease).

Katakan, Encik A ni suka ambil 5 senduk gula sehari. (mak aih memang melampau banyak).

Jadi lama kelamaan kandungan gula dalam badan Encik A ni memang tinggi.

Masa ni diabetes tu dah ada tanpa beliau sedari.

Risikonya : Darah akan jadi pekat dan likat.

Bila ini terjadi, Encik A akan mengalami gangguan gula dalam badan daripada keadaan normalnya.

So, si pankreas ini pun berusaha lebih kuat untuk kembalikan kenormalan itu.

Bila tak berhasil, ini akan mengganggu sistem peredaran darah (circulation system) ke seluruh badan.

Maka, terjadilah kegagalan buah pinggang tahap 1… (tahap penapisan yang tersangat kurang baik), heart atherosclerosis, coronary artery (masalah jantung),  darah tinggi, mata problem dan stroke.

Print

*Padah Gula Putih*

 

Maka dengan permasalahan yang dialami oleh Encik A..

Sistem sarafnya (nerves system) juga mengalami perkara yang sama.

Sampai keadaannya dah tak dapat dikawal, saraf boleh mati dan menyebabkan kaki terasa kebas(tiada tunas rasa), dan kaki menjadi hitam (Gangrene, peripheral vascular atherosclerosis).

Macam pokok yang akarnya (saraf utama) telah dipotong, pokok itu akan layu dan mati.

Fakta itu sendiri : istilah sains menyebut potong kaki dikenali sebagai amputation.

Kenapa kita kena potong kaki tersebut? Kalau tak buang tak boleh ke?

 

potong-kaki-akibat-kencing-manis

 

Sebenarnya, jika kita tak potong, benda ini akan merebak dan merosakkan saraf-saraf yang baik terpelihara berdekatan situ.

Kemudian, untuk halang keadaan tersebut terjadi dan menjadi lebih teruk seluruh badan, kenalah buang mana yang dah tak elok tu kan.

Sebenarnya, kita bukan hanya fokus kepada bahagian kaki sahaja… tangan pun boleh jadi jugak.

Tetapi sebenarnya fokus utama adalah untuk mengelakkan luka/sebarang kecederaan pada mana-mana bahagian badan.

Ini kerana teramatlah sukar nak kawal gula andai terjadinya luka, walaupun sekecil lalat… proses baik pulih tisu kulit adalah amat lambat. So, take care of your own kaki (terutamanya).

 

Sihat Itu Kaya,

Zulaikha Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge