5 Kesan Dan Pengaruh Utama Diabetes (Kencing Manis) Kepada Tubuh Badan

kesan-dan-pengaruh-diabetes-kencing-manis-kepada-tubuh-badan

Kesan dan pengaruh jangka masa panjang bagi diabetes atau kencing manis kepada tubuh badan mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sekiranya paras gula tak terkawal dalam tempoh ini.

Namun ada juga sesetengah pesakit yang mempunyai kesan jangka masa panjang ini ketika didiagnos menghidap kencing manis buat kali pertama.

Ini berlaku kerana, penghidap tersebut tidak memiliki tanda-tanda diabetes dan tak pernah bertemu dengan doktor untuk membuat saringan diabetes. Atau dia memang dah lama ada simptom cuma berlengah dan tidak mengendahkannya dan mengganggap ia perkara biasa.

5 Kesan Dan Pengaruh Utama Diabetes (Kencing Manis) Kepada Tubuh Badan

kesan-diabetes-kepada-badan

Kesan Diabetes Terhadap Sistem Endokrin Dan Pencernaan

Pankreas akan menghasilkan dan mengeluarkan insulin untuk membantu menghasilkan tenaga dari gula yang diambil. Apabila pankreas menghasilkan sedikit insulin atau langsung tak menghasilkannya, hormon lain akan menukarkan lemak kepada tenaga.

Perkara ini akan menyebabkan kadar racun bahan kimia menjadi tinggi dan perkara ini akan membawa kepada ketoasidasis diabetic. Ini merupakan komplikasi yang serius, antara gejala dan simptomnya adalah terlalu dahaga, kerap buang air kecil dan merasa letih.

Diabetes boleh merosakkan buah pinggang dan mempengaruhi kemampuan buah pinggang dalam menapis bahan yang tidak berguna dalam darah. Peningkatan kadar protein dalam urin antara tanda buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.

Kesan Diabetes Terhadap Sistem Peredaran Darah

Kadar gula yang tinggi boleh menyumbang kepada pembentukan lemak didinding pembuluh darah. Sekiranya dibiarkan, lama kelamaan ia boleh menyekat aliran darah dan meningkatkan risiko pengerasan salur darah (atherosclerosis).

Kekurangan aliran darah ini akan beri kesan kepada kaki dan tangan. Peredaran darah yang lemah juga boleh menyebabkan sakit dibahagiab betis semasa berjalan.

Penghidap diabetes sangat terdedah kepada masalah kaki disebabkan saluran darah mengecil. Kaki akan terasa sejuk kerana aliran darah yang tidak lancar. Ia juga akan mengakibatkan lemahnya deria kaki dan menghalang daripada perasaan kecederaan atau jangkitan.

Diabetes juga meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan atau ulser kaki. Aliran darah yang lemah dan berlakunya kerosakan saraf akan meningkatkan kemungkinan kaki dipotong.

Antara kesannya lagi, diabetes menimbulkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi dan memberi beban kepada jantung. Mereka yang menghidap diabetes mempunyai risiko 2 kali ganda untuk diserang penyakit jantung atau strok.

Manakala penghidap diabetes yang merokok pula memberi kesan yang sangat buruk kepada tubuh badan, ianya meningkatkan risiko masalah kardiovaskular dan aliran darah yang terhad.

kesan-diabetes-kepada-tubuh-badan

 

Kesan Dan Pengaruh Diabetes Kepada Sistem Integumentari

Diabetes boleh memberi kesan kepada kulit. Kekurangan kelembapan boleh menyebabkan kulit pada kaki kering dan pecah. Dapuan krim dan losyen boleh digunakan namun perlu berhati-hati supaya tidak terlalu lembap kerana boleh akibatkan jangkitan.

Penghidap diabetes juga cenderung untuk terkena bisul, jangkitan pada folikel rambut, kuku dan terdedah kepada jangkitan kulat atau yis jangkitan.

Kesan Dan Pengaruh Diabetes Terhadap Sistem Saraf Utama

Diabetes menyebabkan kerosakan kepada saraf (neuropati periferal) yang boleh beri kesan kepada deria panas, sejuk, kesakitan dan boleh akibatkan lebih terdedah kepada kecederaan.

Bengkak, saluran darah bocor dimata boleh merosakkan penglihatan dan membawa kepada buta dan cenderung untjk mendapat glaukoma.

Kesan kepada salur darah besar :

  • Serangan jantung
  • Halangan kepada laluan pembuluh salur darah di kaki
  • Lumpuh (strok)

Kesan kepada salur darah kecil :

  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Mata kabur dan buta
  • Saraf kurang rangsangan (kebas)
  • Mati pucuk

Kesan Dan Pengaruh Diabetes Kepada Sistem Pembiakan

Hormon kehamilan boleh menyebabkan diabetes gestasi dan ini akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Dalam kebanyakan kes, diabetes ketika hamil boleh dan mudah dikawal dan tahap gula akan kembali normal selepas melahirkan. Namun antara risikonya ibu hamil mudah mendapat jangkitan berulang di vagina dan pundi kencing.

Jika dilihat, semua kesan ini adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang yang gagal berfungsi sehingga terpaksa dialisis adalah perkara yang kita sama sekali tak mahu ianya terjadi kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Oleh itu bermula dari sekarang pilihlah untuk mencegah diabetes. Pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Pilihlah untuk sihat!

 

 

Menjaga Kesihatan Itu Wajib,

Zulaikha Ali

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge