Diabetes Ketika Hamil (GDM) : 5 Risiko Terhadap Bayi

bahaya-diabetes-ketika-hamil

Kebanyakan ibu hamil yang menghidap diabetes atau bahasa lainnya GDM (Gestational Diabetes Mellitus) boleh melahirkan bayi yang sihat, namun terdapat beberapa kes menunjukkan GDM boleh memberi kesan kepada kehamilan.

Antara keadaan yang mungkin terjadi akibat diabetes ketika kehamilan :

1. Makrosomia – Saiz bayi lebih besar dari biasa.

Bayi berbadan besar adakalanya akan mengalami luka ketika proses bersalin normal, sehingga mengakibatkan pembedahan c-section perlu dijalankan. Komplikasi yang paling biasa berlaku adalah distodia bahu.

2. Hipoglikemia – Gula darah bayi terlalu rendah.

Ibu mungkin perlu segera menyusukan bayi supaya bayi mendapat lebih banyak glukosa ke dalam sistem tubuh badannya. Sekiranya si ibu tak mampu untuk menyusukan, bayi mungkin perlu mendapatkan glukosa melalui cara lain.

3. Kulit menjadi kuning

Kulit bayi berubah menjadi kekuningan, bahagian putih pada mata juga berubah warna.

4. Kesukaran bernafas

Bayi akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Bayi mungkin memerlukan oksigen atau bantuan pernafasan lain.

5. Kadar kalsium dan magnesium rendah dalam darah bayi

Perkara ini boleh menyebabkan kejang pada tangan dan kaki, dan juga otot bayi. Keadaan ini boleh diatasi dengan suplemen kalsium dan magnesium.

Adakah GDM Boleh Mempengaruhi Kesihatan Bayi Pada Masa Akan Datang?

risiko-diabetes-semasa-hamil-kepada-bayi

Diabetes ketika hamil atau GDM biasanya tidak menyebabkan kecacatan kerana perkembangan fizikal bayi berlaku ketika minggu 1 hingga ke 8 kehamilan.

Dan GDM pula biasanya terjadi ketika minggu 24 dan ke atas. GDM tidak akan menyebabkan diabetes kepada bayi, namun bayi berisiko untuk menghidap diabetes type 2 di kemudian hari.

Sekiranya bayi mengalami makrosomia ketika lahir, maka ia lebih berisiko tinggi untuk mengalami obesiti ketika zaman kanak-kanak dan dewasa.

GDM Mempengaruhi Proses Bersalin?

Kebanyakan ibu hamil yang menghidap GDM atau diabetes ketika hamil boleh melahirkan bayi dengan normal dan baik. Namun terdapat juga segelintir kes yang perlu dapatkan nasihat doktor untuk menentukan cara bayi dilahirkan.

3 Perkara Perlu Diberi Perhatian Jika Ibu Menghidap Diabetes Ketika Hamil

Keseimbangan gula darah dan insulin

Ibu hamil dan menghidap diabetes sangat perlu mengawal kadar gula dalam darah ketika proses bersalin berlaku demi keselamatan ibu dan bayi.

Bersalin dalam tempoh lebih awal

GDM atau diabetes ketika hamil memberi risiko lebih tinggi kepada ibu untuk terkena preeklampsia atau tekanan darah tinggi secara tiba-tiba dan keadaan ini sangat membahayakan ibu dan bayi.

Bersalin melalui proses pembedahan

Proses untuk bersalin secara pembedahan itu lebih tinggi dan bergantung pada tahap kesihatan ibu dan bayi.

 

 

Free From Diabetes,

Zulaikha Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge