8 Gejala Pada Bayi Yang Lahir Daripada Ibu Penghidap Diabetes

risiko-diabetes-ketika-hamil

Menjadi persoalan adakah ibu hamil yang menghidap diabetes akan mempengaruhi bayi yang bakal dilahirkan?

Ya. Kadar gula dalam darah yang tinggi pada wanita hamil dapat mempengaruhi bayi setelah ianya dilahirkan.

Bayi yang lahir dari ibu dengan penyakit diabetes sering lahir dengan ukuran lebih besar jika dibandingkan dengan bayi yang lain. Ini termasuk juga organ dalaman seperti hati, kelenjar dan jantung.

Bayi seperti ini biasanya akan mengalami satu keadaan di mana kadar gula dalam darah mereka rendah (hipoglikemia) tidak lama selepas mereka dilahirkan akibat meningkatnya kadar insulin didalam darah mereka. Kadar gula dalam darah bayi perlu di monitor dalam tempoh 12-24 jam selepas dilahirkan.

Test For Diabetes Pregnant Woman

 

Ibu hamil yang menghidap diabetes tak terkawal juga berisiko untuk mengalami keguguran atau bayi mereka lahir dalam keadaan tidak bernyawa. Dan kebiasaannya proses kelahiran sukar kerana saiz bayi yang besar. Perkara ini dapat meningkatkan risiko cedera bahu dan trauma lain ketika dilahirkan.

Sekiranya si ibu sudah menghidap diabetes sebelum kehamilan lagi, maka bayinya memiliki risiko cacat yang tinggi ketika lahir jika diabetes tak dikawal dengan baik.

8 Gejala Pada Bayi Yang Lahir Daripada Ibu Penghidap Diabetes

risiko-bayi-lahir-dari-ibu-diabetes

  • Warna kulit biru atau berbintik-bintik
  • Denyutan jantung cepat, nafas laju (tanda-tanda paru-paru yang belum sempurna atau kegagalan jantung)
  • Kulit bayi kuning
  • Tidak mahu makan
  • Lesu, bayi menangis lemah (tanda-tamda gula darah rendah)
  • Wajah yang bengkak
  • Kulit tubuh kemerahan
  • Menggigil setelah lahir

Pemeriksaan Yang Boleh Dijalankan

  • Ujian kematangan paru-paru boleh dilakukan pada air ketuban
  • Ujian darah untuk melihata adakah bayi memiliki kadar gula rendah atau kalsium darah rendah.
  • Lakukan ujian echocardiogram untuk melihat saiz dan keadaan jantung

Rawatan

Semua bayi yang lahir dari ibu penghidap diabetes perlu jalani ujian untuk tahu kadar gula dalam darah walaupun bayi tersebut tak menunjukkan apa-apa gejala.

8 Komplikasi Yang Berisiko Untuk Berlaku

  • Kecacatan jantung
  • Kegagalan jantung
  • Kadar bilirubilin tinggi (dapat mengakibatkan kerosakan otak)
  • Fungsi paru-paru belum sempurna
  • Neonatal polisitemia (sel darsh merah lebih banyak dari biasa) yang dapat menyebabkan pembukuh darah tersumbat
  • Gula darah rendah
  • Sindrom usus kiri kecil yang boleh sebabkan usus tersumbat
  • Meninggal ketika lahir

Wanita yang menghidap diabetes perlukan rawatan khusus sepanjang proses kehamilan untuk mencegah komplikasi dan berbagai masalah.

 

Semoga bermanfaat.

Moms Free Diabetes,

Zulaikha Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge