9 Mitos Salah Faham Tentang Diabetes Type 2

mitos-tentang-diabetes

Kita tahu diabetes type 1 tidak dapat dihindari dan dicegah, manakala diabetes type 2 kebiasaannya menyerang dan muncul pada usia dewasa dan inilah salah satu penyakit utama yang dihidapi rakyat Malaysia.

Namun begitu terdapat banyak mitos berkaitan penyakit diabetes  ini yang tidak benar tetapi ramai yang salah faham tentangnya.

9 Mitos Salah Faham Tentang Diabetes Type 2

Mitos 1 : “Diabetes bukanlah penyakit yang serius. Saya masih boleh hidup lama walaupun menghidapinya.”

mitos tentang diabetes

Seperti yang kita tahu, diabetes adalah penyakit kronik yang mampu dikawal, dan sememangnya bukan satu masalah yang besar kalau kita mampu atasinya dengan baik.

Tapi perlu ingat yang diabetes lebih banyak mengakibatkan jumlah kematian jika dibandingkan dengan beberapa penyakit lain.

Mitos 2 : “Orang gemuk lama kelamaan akan terkena diabetes type 2.”

Perlu tahu bahawa berat badan bukan faktor utama penyebab diabetes. Terdapat banyak faktor lain seperti keturunan dan sebagainya. Terdapat ramai juga yang mempunyai masalah berat badan berlebihan namun tidak menghidap penyakit diabetes seumur hidupnya, dan ramai pula yang memiliki berat badan normal namun menghidap diabetes ini.

Mitos 3 : “Penghidap diabetes tak boleh aktif bersukan terlalu berat kerana gula dalam darah akan menjadi terlalu rendah.”

Sekiranya anda menggunakan insulin atau ubat-ubatan yang meningkatkan penghasilan insulin dalam badan, anda perlu seimbangkan aktiviti luar, insulin dan pola pemakanan anda.

Mitos 4 : “Insulin itu merbahaya.”

Insulin sememangnya penting bagi tubuh badan kita, namun agak sukar untuk dikawal bagi kebanyakan orang. Sangat penting bagi anda untuk menguji kadar gula setiap hari sekiranya anda menggunakan insulin bagi mencegah kadar gula rendah yang mampu membahayakan nyawa anda.

Mitos 5 : “Diabetes bermaksud badan tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup.”

Ya ini sangat benar sekiranya anda jenis penghidap diabetes type 1 kerana pankreas anda tidak mampu menghasilkan insulin dengan baik.

Namun bagi penghidap diabetes type 2, kebiasaannya mereka memiliki kadar insulin yang cukup, sekurang-kurangnya ketika kali pertama disahkan mempunyai diabetes.

Masalah yang berlaku apabila insulin tersebut tidak bekerja dengan baik dan ini menghalang penyerapan gula dari makanan masuk ke dalam badan. Lama kelamaan, pankreas mereka akan berhenti menghasilkan insulin dan ini mengakibatkan anda diserang penyakit diabetes.

Mitos 6 : “Banyak makan manis-manis boleh menyebabkan diabetes.”

Gula tidak menyebabkan diabetes, namun gula adalah penyumbang dan penyebab kepada berlebihan berat badan — salah satu faktor utama terjadinya diabetes.

Orang yang berlebihan berat badan akan cenderung untuk memakan makanan yang manis, juga termasuklah junk food dan makanan lain yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Gula sememangnya tidak bagus dan tidak baik untuk diabetes kerana dapat meningkatkan gula dalam darah, sama juga dengan makanan lain yang menjadi sumber tinggi kadar gula seperti roti putih, mee dan nasi putih.

Mitos 7 : “Saya tahu bila waktunya kadar gula dalam badan saya tinggi atau rendah.”

Anda tidak boleh mengetahui kadar gula dalam darah hanya melalui perasaan anda sahaja. Ketika anda menggigil, kepala terasa melayang dan pening kepala,mungkin kadar gula dalam badan anda sedang berada ditahap yang rendah atau mungkin kerana terjadi tekanan darah rendah.

Sekiranya anda tiba-tiba kerap membuang air kecil, ianya mungkin terjadi kerana kadar gula anda tinggi dan boleh jadi juga kerana berlakunya jangkitan di pundi kencing.

Semakin lama anda menghidap diabetes, semakin tidak tepat ‘perasaan’ anda terhadap kadar gula dalam darah — tinggi atau rendah.

Hanya satu-satunya cara untuk mengetahui — periksa gula dalam darah!

Mitos 8 : “Penghidap diabetes tak boleh makan yang manis-manis.”

kek-untuk-diabetes

Tidak ada alasan untuk menghalang penghidap diabetes type 2 ini untuk memakan makanan yang manis, sekiranya ianya diambil dengan kadar yang sedikit sahaja atau sesekali –sudah tentu boleh je.

Masalah yang berlaku bila anda mengambil dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak. Boleh makan cake, ambillah dalam portion yang kecil dan kurangkan kekerapan. 🙂

Mitos 9 : “Penghidap diabetes lebih mudah terkena selsema dan demam.”

Diabetes tidak menyebabkan anda mudah diserang penyakit, namjn sekiranya anda diserang dengan selsema, segera dapatkan rawatan kerana penghidap diabetes lebih terdedah dengan komplikasi selsema.

Sekiranya anda sudah menghidap diabetes selama beberapa bulan, dan tiba-tiba doktor meminta anda menggunakan insulin, itu bermaksud anda tidak dapat mengawal diabetes anda dengan baik.

Namun jika anda memang sudah menghidap diabetes selama bertahun-tahun, pankreas anda mungkin menghasilkan insulin yang tidak mencukupi dan pada tahap ini, anda memerlukan insulin. Ya, ia bukan salah anda akan tetapi tahap penyakit anda sudah semakin meningkat.

 

Hidup Sihat Tanpa Diabetes,

Zulaikha Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge