7 Masalah Dan Risiko Ketika Hamil Yang Disebabkan Oleh Diabetes Atau Kencing Manis

risiko-hamil-ketika-diabetes

Kadar gula dalam darah yang tidak terkawal dikalangan ibu hamil yang menghidap diabetes melitus type 1 atau type 2 dapat mengakibatkan beberapa masalah terhadap ibu dan bayi.

7 Masalah Dan Risiko Ketika Hamil Yang Disebabkan Oleh Diabetes Atau Kencing Manis

Risiko 1 : Lahir cacat

Organ dalaman bayi akan terbentuk selama 2 bulan pertama usia kehamilan, dan kebiasaannya ibu tidak sedar dan perasan beliau sedang hamil atau mengandung.

Gula dalam darah yang tidak terkawal dapat mempengaruhi organ-organ bayi yang sedang terbentuk dan berisiko menyebabkan bayi lahir cacat yang serius seperti cacat otak, tulang belakang dan jantung.

Risiko 2 : Bayi lahir besar

Diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan kadar gula dalam darah bayi semakin meningkat.

Bayi seolah-olah ‘kekenyangan’ dan akan membesar dengan ukuran besar. Selain menyebabkan ketidakselesaan kepada si ibu, bayi yang besar boleh mengakibatkan masalah ketika proses bersalin seperti perlu melakukan c-section.

Selain itu juga, bayi berisiko untuk menghadapi masalah kerosakan saraf akibat tekanan pada bahu ketika proses bersalin.

Risiko 3 : C-Section (Caesar)

C-Section adalah pembedahan untuk mengeluarkan bayi dari perut si ibu. Ibu hamil yang menghidapi diabetes tidak terkawal memiliki risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak dengan cara ini.

Risiko 4 : Tekanan darah tinggi (Preeklampsia)

Bila mana seorang ibu hamil memiliki tekanan darah tinggi,terdapat protein didalam urinnya dan sering mengalami bengkak jari dan kaki untuk tempoh yang lama, dia mungkin mengalami tekanan darah tinggi.

Perkara ini adalah serius dan perlu diawasi dengan ketat. Ini kerana, tekanan darah tinggi memberi risiko tinggi pada ibu dan bayi seperti kemungkinan bayi lahir lebih awal, ibu mengalami kejang atau strok (akibat terjadi pembekuan darah atau pendarahan di otak yang mengakibatkan kerosakan otak) ketika proses bersalin.

Risiko 5 : Bayi lahir pramatang

Ibu hamil yang menghidap diabetes type 1 dan 2 berisiko untuk melahirkan bayi terlalu awal.

Jika bayi lahir terlalu awal, ia boleh mengakibatkan berbagai komplikasi seperti masalah pernafasan, jantung, pendarahan ke otak, usus dan juga penglihatan.

Risiko 6 : Gula darah rendah (Hipoglikemia)

Penghidap diabetes yang menggunakan insulin atau ubat diabetes mempunyai potensi untuk terkena tekanan gula rendah yang terlalu rendah.

Gula darah rendah ni boleh jadi satu masalah yang serius sekiranya tidak diatasi dengan segera. Ia juga mampu beri kesan kepada bayi — bayi juga berisiko untuk mengalami gula darah rendah setelah lahir.

Risiko 7 : Keguguran atau lahir mati

Keguguran adalah dimana keadaan bayi mati sebelum usia kehamilan mencapai 20 minggu. Lahir mati bermaksud bayi meninggal didalam kandungan setelahmelebihi 20 minggu.

 

Sihat Tanpa Diabetes,

Zulaikha Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge