7 Penyakit Yang Biasa Menyerang Penghidap Diabetes

strok-diabetes

Diabetes atau kencing manis ini berlaku akibat daripada peningkatan kadar gula yang tinggi dalam badan dan kekurangan insulin dan dapat mengakibatkan kerosakan dan gangguan pada sismtem lain dalam tubuh badan terutama saraf dan saluran darah.

Kerosakan inilah yang akan mengakibatkan kemunculan penyakit lain yang juga mampu mempengaruhi perkembangan penyakit diabetes seseorang.

7 Penyakit Yang Biasa Menyerang Penghidap Diabetes

Terdapat 4 penyakit yang berhubungkait secara langsung — impak daripada penyakit diabetes juga dikenali sebagai diabetes-related comorbidities dan 3 lagi penyakit yang berlaku secara tak langsung (hanya pada sesetengah penghidap diabetes sahaja).

Penyakit Yang Berkait Masalah Diabetes Atau Kencing Manis

  1. Penyakit Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular yang berlaku adalah disebabkan oleh kerosakan pembuluh darah pada penghidap diabetes, ini kerana penghidap diabetes lebih terdedah kepada penyakit jantung. Dan yang paling menakutkan, penyakit ini merupakan antara faktor tertinggi punca kematian penghidap diabetes.

2. Penyakit Strok

strok-diabetes

Penyebab utama strok yang biasa berlaku pada penghidap diabetes pendarahan dan pembentukan plak pada pembuluh darah otak. Keadaan ini akan menyebabkan saluran darah dan oksigen tersumbat dari sampai ke otak maka terjadilah strok. Strok pada penghidap diabetes juga akan mengurangkan fungsi otak untuk berfikir, menggerakkan badan dan menelan makanan.

3. Retinopati

Retinopati ni merupakan satu keadaan pendarahan pembuluh mata darah dan retina akibat tingginya kadar gula dalam darah.Walaupun gejala ini mengambil masa yang agak lama untuk dikesan, namun ia boleh berlaku dengan lebih pantas sekiranya kadar gula tidak dikawal dengan baik dan dapat mengakibatkan penghidap diabetes menjadi buta.

4. Kanser

Akibat daripada ketidakseimbangan hormon insulin dan kadar gula dalam darah, ianya mampu mencetuskan penyakit kanser. Beberapa kanser yang mungkin menyerang penghidap diabetes :

  • Hati
  • Pankreas
  • Usus dan rektum
  • Payudara
  • Pundi kencing

Penyakit Yang Tidak BerhubungKait Dengan Masalah Diabetes, Tetapi Berpotensi Untuk Menyerang :

  1. Penyakit Hati Berlemak

hati-berlemak

Penyakit ini jarang berlaku dikalangan penghidap diabetes namun boleh berlaku pada sesetengah daripada mereka disebabkan oleh peningkatan enzim hati melebihi kadar yang diperlukan sehingga mengakibatkan lemak pada hati melebihi  10% kadar lemak yang diperlukan.

2. Tekanan

Penghidap diabetes lebih cenderung untuk merasa tertekan akibat daripada stress melampau. Tekanan yang berlaku dapat mempengaruhi cara penghidap diabetes untuk mengawal kadar gula didalam darahnya. Tekanan yang berlaku juga mampu mengakibatkan penghidap diabetes dihinggapi penyakit lain sehingga mempu mencetuskan kematian.

3. Gangguan Tidur

Sesetengah penghidap diabetes akan mengalami gejala sukar untuk bernafas ketika tidur disebabkan berat badan yang obes. Gangguan tidur ini akan mengakibatkan rintangan insulin, tekanan darah dan kadar gula pada penghidap diabetes.

Kesan daripada ini juga akan menimbulkan komplikasi seperti penyakit saraf, gangguan otot dan kegagalan buah pinggang. Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, risiko dan penyakit ini dapat dihindarkan, inshaAllah.

Bagi penghidap diabetes yang sudah beriktiar bermacam cara namun masih belum pulih dan bergantung kepada ubat-ubatan, saya syorkan anda untuk cuba 4 ramuan asli daripada sumber tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah ini yang sangat hebat membantu atasi masalah diabetes.

Semoga bermanfaat.

 

 

Cegah Diabetes,

Zulaikha Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge